Tuesday, January 11, 2011

Aku, Pencipta dan Sahabat!


Aku, Pencipta dan Sahabat!

Pagi-pagi lagi aku sudah bingkas bangun. Sambil duduk di sudut katil, aku memanjatkan kesyukuran kepada Penciptaku kerana aku di beri peluang untuk bernafas lagi hari ini.

Aku cepat-cepat membersihkan diri. Aku terus sujud kepadanya, memohon keampunan dan memohon kekuatan untuk sehari lagi mengembara di dada bumi yang terbentang ini, mencari keredhaannya jua.

Sebaik sahaja selesai, aku bergegas menjenguk sahabatku. Aku cuit dia, untuk mengejutkannya. Dia bangun tanpa rungutan sambil bersuara garau memberi kepastian yang dia telah bersedia untuk kembara bersamaku.

Kami bingkas berlalu, meninggalkan tanggunganku. Kami menuju destinasi, memburu kurniaanNya. PesanNya kepadaku, agar akau sentiasa berjuang untuk menunaikan kewajipanku kepadaNya, kepada diriku dan kepada tanggunganku.

Kembara kami indah. Walaupun kadang-kadang ranjau bertaburan di jalanan, kami tempuh dengan sabar dan tabah. Dengan izinNya, menjelang senja, kami telah kembali. Aku bersyukur kerana aku membawa segumpal rezeki untuk diriku dan tanggunganku.

Menjelang malam, sahabatku telah lena menghilang lelah juang bersamaku siang tadi. Tanggunganku lena tersenyum puas dengan rezeki kami hari ini.

Aku, masih menyengkang mata kerana aku perlu bicara dengan Penciptaku. Jika ada izinNya, esok kami akan kembara lagi di bumiNya ini, Insyaallah!

1 comment:

JOHN NORAFIZAN said...

Salam,
Sesuatu yang amat menarik :) secara kasarnya penceritaannya mudah tetapi tidak mendatar. ada titisan puitis walaupun tidak ketara.

sudah tentu penggunaan ayat masih lagi boleh diperbaiki. tetapi jika ini adalah contengan pertama, maka anda lebih baik daripada saya! :-) :-)