Mereka terasa terancam dengannya kerana jalan raya akan jam, mereka akan kesejukan, pakaian mereka juga boleh basah. Aktiviti harian mereka juga akan terganggu. Mereka sukar untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah. Mereka juga terpaksa berlari-lari anak dari tempat meletak kereta menuju ke pejabat-pejabat mereka.
Jemuran yang hampir kering yang mereka tinggalkan mungkin akan basah kembali. Rumah mereka turut akan menjadi mangsa dek tempias andainya mereka terlupa menutup pintu dan tingkap. Mereka akan sakit-sakit kepala apabila terkena hujan dalam perjalanan mereka mengejar keperluan dunia.
Ada pula yang melupakan niat mereka untuk berjemaah di surau dan masjid. Lebih dahsyat lagi, ada yang tidak menghiraukan panggilan azan untuk berjemaah solat Jumaat.
Semua itu membuatkan mereka berungut-sungut dan membebel-bebel. Semua itu juga membuatkan mereka menjadi marah dan menyumpah-nyumpah. Malah, ada yang mempertikaikan Nya dan melaung-laung mengatakan ianya suatu yang tidak adil dan hanya menyusahkan mereka.
Benarkah? Tidakkah hujan itu satu rahmat dari Nya? Tidakkan hujan itu menghidupkan muka bumi ini? Tidakkah hujan itu yang menjadi sumber minuman yang mereka teguk saban hari? Tidakkah hujan itu yang telah menghindarkan mereka dari kekontangan? Tidakkah hujan itu yang meredakan kepanasan dek panahan matahari? Tidakkah hujan itu yang melahirkan pelangi yang berwarna-warni, yang amat indah?
Renungkanlah, apa erti hujan itu?
......................... sebelum kita merungut-rungut, membebel-bebel, marah-marah.........
Sunday, January 30, 2011
Sunday, January 23, 2011
Keindahan perjalanan
Pagi ini terasa segar. Walaupun matahari sudah meninggi, kedinginannya masih terasa. Deretan kereta dan lori tidak kuhiraukan. Sudah sekian lama keindahan ini tidak ku lalui. Aku terus memacu dengan rasa penuh kegirangan.
Inilah perjalanan yang telah ku tempuh selama lebih sedekad. Perjalanan yang telah menjadi sebati dengan rutin harianku. Mungkin ada yang tertanya-tanya, tidakkah aku merasa jemu melalui jalan yang sama, hari demi hari, untuk kesekian lamanya.
Pada sekilas pandangan, memanglah sama. Tetapi, andai dipandang dengan tajam dan teliti, sudah pasti akan bertemu berbagai yang baru setiap hari.
Di perjalanan ini, aku temui berbagai ragam, berbagai rupa. Tiap satunya merupakan sumber ilham untuk aku melalui kehidupan di dunia penuh cabaran ini. Tiap satunya juga adalah merupakan terjemahan akan tanda-tanda kebesaranNya. Bukalah pintu hati, nescaya perjalanan-perjalanan ini akan menghidangkan segumpal pengetahuan yang amat mendalam.
Simpang kiri berpintu kecil, sampai dengan pantas, Alhamdulillah. Pagi ini aku melaluinya, petang nanti aku akan lalu lagi, Insyallah.
Inilah perjalanan yang telah ku tempuh selama lebih sedekad. Perjalanan yang telah menjadi sebati dengan rutin harianku. Mungkin ada yang tertanya-tanya, tidakkah aku merasa jemu melalui jalan yang sama, hari demi hari, untuk kesekian lamanya.
Pada sekilas pandangan, memanglah sama. Tetapi, andai dipandang dengan tajam dan teliti, sudah pasti akan bertemu berbagai yang baru setiap hari.
Di perjalanan ini, aku temui berbagai ragam, berbagai rupa. Tiap satunya merupakan sumber ilham untuk aku melalui kehidupan di dunia penuh cabaran ini. Tiap satunya juga adalah merupakan terjemahan akan tanda-tanda kebesaranNya. Bukalah pintu hati, nescaya perjalanan-perjalanan ini akan menghidangkan segumpal pengetahuan yang amat mendalam.
Simpang kiri berpintu kecil, sampai dengan pantas, Alhamdulillah. Pagi ini aku melaluinya, petang nanti aku akan lalu lagi, Insyallah.
Friday, January 14, 2011
Ikhlas
Ikhlas
Aku memberi lampu isyarat ke kiri sambil memperlahankan motosikalku. Sebaik sahaja terhenti, aku menupangnya dengan kemas dan membuka topi keledar. Tidak jauh dari aku, kelihatan seorang lelaki terkial-kial di sebelah sebuah kereta mewah.
Dia sedang cuba membuka sekeru roda kereta yang telah pancit tayarnya tetapi tidak berjaya. Bajunya dibasahi peluh dan dia kelihatan lelah. Aku menawarkan diri untuk mencuba. Setelah berhempas pulas, barulah kelima-lima sekeru itu dapat dibuka.
Bila aku bangun, aku dapati lelaki itu sedang berdiri berhampiran pengadang jalan. Di mengesat-ngesat peluhnya dengan sehelai sapu tangan. Dia kelihatan amat tertekan. Bila aku menghampirinya, dia menudingkan jari ke arah bonet kereta. Walaupun tanpa sebarang kata-kata, aku faham maksudnya.
Aku terpaksa mengeluarkan beberapa set kayu golf dan beberapa pasang kasut sebelum dapat membuka penutup ruang tayar simpanan. Aku mengeluarkan tayar simpanan tersebut dan terus memasangkannya dengan kemas. Selepas itu, tayar yang pancit itu ku simpan pula diruang tayar simpanan. Aku letakkan semula barangan yang telah dikeluarkan tadi dengan kemas seperti sebelum ia dialihkan.
Aku menoleh kebelakang untuk meberitahu lelaki tersebut yang semuanya telah selesai aku lakukan. Tetapi lelaki itu tidak kelihatan. Rupa-rupanya dia sudah pun berada di dalam kereta. Enjin kereta itu dihidupkan dan lelaki berkereta mewah itu terus berlalu. Dari pecutan tangkas yang dilakukannya, aku dapat merasakan dia perlu bergegas ke suatu destinasi, mungkin untuk menghadiri satu temujanji.
Aku menyarongkan jeket dan memakai helmet. Aku berasa puas. Sedikit sebanyak bantuan ikhlasku mungkin telah dapat membantu lelaki tersebut. Aku berdoa agar apa jua yang dikejarnya, akan diperolehi dengan mudah.
Thursday, January 13, 2011
Politik…..
Politik…..
Kadang-kadang aku naik hairan. Bila politik terngiang dalam fikiranku, aku jadi keliru. Politik seolah-olah membawa satu kepincangan. Bila kerenung-renungkan semula, walau sedikit kabur, dapat juga aku buat beberapa andaian.
Dalam sedar atau tidak, bagiku politik itu ialah seorang yang berpakaian kemas, berwatak peramah dan fasih berbicara. Dia datang ke muka rakyat dengan seorang pembantu dan seorang pemandu. Keretanya kereta mewah dan bercermin gelap. Bila berbicara dia menghulurkan habuan kecil dan terus berjanji-janji.
Bila berjauhan dari muka rakyat, dia makan di hotel-hotel mewah dan kemudian dia pulang ke rumahnya yang terletak di vila di atas bukit. Rumahnya tersergam indah dan dikelilingi oleh pagar yang tinggi dengan system penggera yang canggih.
Pada masa-masa tertentu, ramai tetamu akan datang ke rumahnya. Menjalar kereta-kereta yang besar dan cantik di halaman rumah dan kedengaran muzik-muzik asing yang riuh-rendah. Lampu neon berkerlipan sehingga larut malam sebelum kesunyian menyelubungi menjelang pagi.
Sesekali, mukanya terpapar di dada akhbar harian. Bebagai rancangan ditabur dalam wawancara bersamanya. Dan di akbar itulah tempat seolah-olah dia menghulur tangan untuk meneraju rakyat. Sedangkan halaman pengundi-pengundi hanya dijejaknya apabila sudah menerima pencalonan unutk pilihan raya.
Kadang-kadang aku terfikir juga, betulkah andaian ku ini? Oleh kerana tiada ahli politik yang menafikannya, aku terus leka dengan andaianku………………..
Wednesday, January 12, 2011
Mata lalat, mata lebah!
Mata lalat, mata lebah!
Semalam, aku sempat mendengar ceramah pendek diradio. Aku tidak pasti tajuk sebenar ceramah itu, tetapi yang pasti penceramah menghuraikan konsep pandangan mata lalat dan mata lebah.
Mata lalat sentiasa mencari sampah, najis dan kotoran. Tidak kira di mana dia berada, itulah pencariannya. Walau diletakkan di taman bunga sekalipun, mata lalat tetap akan mencari sampah dan najis. Pendek kata, itulah sudut pandangannya.
Mata lebah pula sentiasa mencari bunga dan madu. Tidak kira di mana dia berada, itulah pencariannya. Walau diletakkna di kandang lembu sekalipun, mata lebah akan tetap mencari bunga dan madu. Mungkin, itu sahajalah sudut pandangannya.
Bagaimana pula dengan kita? Adakah kita akan mengadaptasi pandangan mata lalat atau pandangan mata lebah?
Jika kita bermata lalat, sudah pasti kita hanya akan nampak yang buruk sahaja. Walau sebesar mana sekali pun kebaikan disekitar kita, kita hanya mengungkit-ungkit keburukan-keburukannya. Kita tidak akan dapat menilai persekitaran kita secara positif.
Jika kita bermata lebah, aku yakin kita akan lebih bersyukur kerana dapat menghargai nikmat dari apa yang ada pada kita. Walaupun terdapat kepayahan dalam hidup, kita akan terus mara dengan penuh keyakinan dan harapan.
Secara umumnya kita dapati, jika kita bermata lebah, kemungkinan besar kita akan berada dalam keadaan yang lebih baik dan selesa. Jiwa kita juga mungkin akan menjadi lebih tenang dan mantap.
Tetapi memadaikah dengan hanya bermata lebah?
Tidakkah perlu bagi kita berlensa digital tiga dimensi?
Bukankah ada kalanya kita perlu ‘zoom in’ untuk mengenalpasti dengan lebih terperinci?
Bukankan ada kalanya kita perlu ‘zoom out’ untuk mendapatkan pandangan yang lebih besar dan luas (the big picture)?
Bukankah ada kalanya kita perlukan ‘ariel view’ untuk melihat dari berbagai sudut yang boleh meghasilkan penilaian yang jauh berbeza?
Dan ada masanya kita perlu melengkapkan diri dengan kaca mata 3 dimensi kerana tanpanya kita tidak akan dapat melihat dengan impak maksima!
Perjalanan
Perjalanan
Aku tidak menghiraukan sangat kerenah kereta, lori dan bas. Sudah bertahun-tahun, begitulah keadaannya. Yang penting mereka tidak menghalang pejalanan ku. Aku ada tujuan, seperti juga mereka.
Sebaik sahaja aku memasuki lebuhraya, aku berasa sedikit lega. Dada lebuhraya ini luas. Tiap pengguna boleh memilih untuk meneraju perjalanan mereka mengikut rasa hati. Aku, selesa dengan angka 65.
Pagi ini, aku lebih gembira. Sinar mentari dari arah timur nampak ceria. Langit membiru dengan tompokan awan seperti kapas-kapas yang terawang-awang. Aku dapat rasakan, suasana ini akan berpanjangan. Aku akur, masa hadapan bukan ilmu yang aku fahami, tetapi pengalaman menyusur perjalanan kerap menjadi sumber utama dalam mentafsir kemungkinan saat-saat mendatang.
Angka 65 terus menjadi mainan ku. Enjin Virago tua ku berdentum-dentum santai pada kelajuan ini. Aku amat mengerti, pada kelajuan ini aku boleh meredah perjalan sehari-harian tanpa risau dia akan mogok atau merajuk.
Seperti biasa, aku sentiasa gembira di dada lebuhraya ini. Dia sentiasa setia menanti ketibaanku saban hari. Sambutannya tidak pernah hambar dan dia sentiasa menjanjikan aku destinasi. Walaupun hitam dan kasar, dijiwanya ada kemuliaan. Apabila aku tersasar jauh dari destinasiku, dia sentiasa menyeruku. Kembalilah!
Sampai di persimpangan, aku terus membelok ke kiri. Perjalanan kau berakhir di sini pagi ini. Lewat senja nanti aku akan menyusur leburaya ini lagi, untuk pulang!
Tuesday, January 11, 2011
Aku, Pencipta dan Sahabat!
Aku, Pencipta dan Sahabat! Pagi-pagi lagi aku sudah bingkas bangun. Sambil duduk di sudut katil, aku memanjatkan kesyukuran kepada Penciptaku kerana aku di beri peluang untuk bernafas lagi hari ini. Aku cepat-cepat membersihkan diri. Aku terus sujud kepadanya, memohon keampunan dan memohon kekuatan untuk sehari lagi mengembara di dada bumi yang terbentang ini, mencari keredhaannya jua. Sebaik sahaja selesai, aku bergegas menjenguk sahabatku. Aku cuit dia, untuk mengejutkannya. Dia bangun tanpa rungutan sambil bersuara garau memberi kepastian yang dia telah bersedia untuk kembara bersamaku. Kami bingkas berlalu, meninggalkan tanggunganku. Kami menuju destinasi, memburu kurniaanNya. PesanNya kepadaku, agar akau sentiasa berjuang untuk menunaikan kewajipanku kepadaNya, kepada diriku dan kepada tanggunganku. Kembara kami indah. Walaupun kadang-kadang ranjau bertaburan di jalanan, kami tempuh dengan sabar dan tabah. Dengan izinNya, menjelang senja, kami telah kembali. Aku bersyukur kerana aku membawa segumpal rezeki untuk diriku dan tanggunganku. Menjelang malam, sahabatku telah lena menghilang lelah juang bersamaku siang tadi. Tanggunganku lena tersenyum puas dengan rezeki kami hari ini. Aku, masih menyengkang mata kerana aku perlu bicara dengan Penciptaku. Jika ada izinNya, esok kami akan kembara lagi di bumiNya ini, Insyaallah!
Subscribe to:
Posts (Atom)